1. 'Moving average' adalah purata harga yang diperoleh daripada segmen berturut-turut dalam tempoh masa yg dikehendaki. Pendek kata, jika kita mahukan SMA9, ia adalah purata harga dari 9 hari terdahulu.
2. MA digunakan dalam analisis teknikal utk menganalisis trend dan membuat keputusan belian atau jualan.
3. Bagi sesetengah pengamal analisis teknikal, MA juga digunakan sebagai paras sokongan atau rintangan.
4. Pernahkah anda terfikir bagaimana purata harga boleh menjadi paras sokongan atau rintangan?
5. Sebenarnya, ada teori di dalam statistik menerangkan perihal di atas.
6. 'Mean reversion' adalah bermaksud bahawa harga yg bergerak jauh dari purata harga akan cenderung utk kembali menghampiri purata harga setelah beberapa tempoh masa.
7. Seseorg pedagang pasti pernah melihat harga sesuatu kaunter mula menjauhi MA dan kembali menghampiri MA semula. Jika tekanan jualan/belian terlalu kuat, harga akan turun/naik melampaui MA tetapi akan kembali menghampiri MA setelah beberapa ketika.
8. Jika tekanan jualan/belian sudah berkurang ketika harga menghampiri MA, harga akan mula melantun dan menjauhi MA semula. Ia seakan akan lantunan teknikal di atas paras sokongan @ rintangan.
9. Berdasarkan teori ini, pedagang menggunakan MA sebagai paras sokongan @ rintangan kerana ia menyerupai paras sokongan @ rintangan tradisional/biasa/asas.
10. Jika dilihat pada carta NGGB-Wa, harga mula menembusi garisan ungu/EMA40, tetapi apabila tekanan jualan mula berkurg, harga mula menghampiri EMA40 sebelum berjaya menutup sesi dagangan di atasnya.
11. Cara ini amat bersesuaian bagi pengemar 'buy on dip'.
Все виды контента, которые вы можете увидеть на TradingView, не являются финансовыми, инвестиционными, торговыми или любыми другими рекомендациями. Мы не предоставляем советы по покупке и продаже активов. Подробнее — в Условиях использования TradingView.