Sektor: Perkhidmatan Teknologi Industri: Perisian Berpakej
1. Analisa Trend
I. Beradasarkan carta, MYX:NCT menunjukkan ia sedang dalam keadaan yang menaik(uptrend). II. Pada 6 Sept 2021, paras harga "resistance" ialah 0.530 dan paras harga "support" ialah 0.490. Namun, pada 7 Sept 2021 paras harga "resistance" menjadi paras harga "support" baharu. III. Paras harga "resistance" terkini ialah 0.570 dan paras harga "support" ialah 0.530. IV. Kini, MYX:NCT telah berada di atas paras harga "support" iaitu 0.530. V. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline". VI. Boleh perhatikan bagaimana pergerakan MYX:NCT.
2. Penunjuk indikator
I. Moving Average - Garisan EMA9(biru) sudah bersilang keatas garisan MA20(merah). Selain itu, MYX:NCTjuga sudah menembusi garisan MA50(hitam).
II. MACD - Garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Malahan, terdapat "gap" antara garisan MACD dan garisan Signal menunjukkan ia mempunyai momentum yang baik.
III. RSI - MYX:NCT menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.