TradingView
Pak_Din
1 июля 2021 г., 14:48

SCIB WB- Masih trend menurun 

SCIB-WBMYX

Описание

Sektor - Building Materials/Peralatan Pembinaan
Perniagaan : Penyediaan dan penjualan konkrit, paip, besi serta peralatan pembinaan lain, Pembinaan , dan Hartanah

Idea analisis

Dari sudut teknikal

1. SCIB WB masih major trend menurun. Ini berdasarkan masih belum memecahkan garisan menurun.
2. SCIB WB dilihat akan retrace/berbalik apabila menyentuh garisan menurun. Ini berdasarkan candle/paras harga terdahulu. Sejarah mungkin berulang.
3. SCIB WB kebarangkalian akan berubah trend sekiranya berjaya memecahkan garisan menurun.
4. Namun, berdasarkan indikator volume dan RSI kenaikan secara extreme ini kebarangkalian akan retrace terlebih dahulu sebelum menyambung kenaikan.

Dari sudut fundamental
1. Revenue syarikat menurun daripada 185.60 juta QR4 2020 menjadi 175.28 juta pada tahun 2021.
2. Pendapatan bersih syarikat turut menurun dari 30.40 juta pada QR4 2020 menjadi 12.20 juta pada QR terkini.
3. Berdasarkan revenue dan pendapatan bersih dirumuskan bahawa SCIB prestasi syarikat menurun. Kemungkinan disebabkan musim COVID19 yang menjejaskan sektor pembinaan. Namun QR yang terkini masih belum diaudit.
4. Maklumat warrant SCIB WB:
- Gearing = 2.94 👍
- Matured Date = 2024-02-08 👍
- Exercise price = 1.77 👎
- Premium % = 170 👎

PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
Комментарии
Pelangi83
naik ..
Pak_Din
@Pelangi83, yup tapi masih bawah garisan menurun kan?
Pelangi83
@Pak_Din, yup seram jugak .. tp sekali naik boleh jejak 0.4xx ... klu turun leh jejak 0.17x ..
Pak_Din
@Pelangi83, yup pantau la..kalau break garisan menurun jangan terus masuk..selalunya akan ada profit taking..
Ещё