APEX dalam kawasan

APEX membuat pembetulan harga setelah gagal bertahan diatas 1.250. harga berkemungkinan bakal menguji kawasan sokongan terdekat. untuk meneruskan kenaikan, APEX perlu bertahan diatas harga 1.250 dan membuat harga tertinggi memecahkan 1.290.

APEX mencatatkan peningkatan hasil pada Q3 Sep 22 sebanyak RM8,784,000 berbanding Q2 Jun 22 RM7,759,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM1,025,000. Keuntungan bersih tidak mecatatkan perbezaan yang ketara bagi Q3 Sep 22 RM 985,000 jika dibandingkan dengan Q2 Jun 22 RM986,000 mencatat perbezaan sebanyak RM1,000.

Pemegang saham utama bagi APEX terdiri daripada FUN SHEUNG DEVELOPMENT LIMITED 15.78% sebanyak 31,966,914 unit saham yang bernialai 36.76M , diikuti KENANGA GROWTH FUND 15.57% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 31,552,800 unit saham dengan nilai sebanyak 36.29M .

corak carta : segitiga menaik

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Support and ResistanceTrend AnalysisTriangle

Отказ от ответственности