DATAPRP (Permintaan Terlalu Tinggi)

Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Payment Products, 5G.

Idea analisis:
- Sudut Fundamental telah dikupas pada idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, hari ini DATAPRP membentuk candle Bullish Marubozu.
- DATAPRP telah LU hari ini pada harga RM 1.05 bermula jam 11.50 pagi sehingga tutup dagangan.
- Berkemungkinan DATAPRP meneruskan kenaikan pada esoknya.
- Jika DATAPRP berjaya meneruskan kenaikan, DATAPRP perlu tutup di atas MA 50.
- Jika harga tidak mampu tutup di atas MA 50, berkemungkinan rebound ini cuma technical rebound atau dead cat bounce sahaja.
- Adakah DATAPRP berjaya rebound di atas MA 200 dan di atas support 0.725 kemudian tutup di atas MA 50?
- Stochastic RSI menunjukkan bahawa DATAPRP berjaya rebound di atas support baru yang terkuat.
- Walaupun begitu, MACD memberikan signal bahawa rebound yang berlaku berkemungkinan adalah fake rebound.

Nota kaki:
* Bullish Marubozu = Candle hijau yang terbentuk tanpa bayang / wick / shadow. Keadaan dimana harga buka sama dengan harga terendah dan harga tutup sama dengan harga tertinggi.
* LU = Limit Up. Keadaan dimana harga telah sampai pada paras syiling dan tidak boleh naik lagi pada hari itu. Ini terjadi apabila banyaknya permintaan kepada sesuatu saham itu. Dengan permintaan yang tinggi ini, harga meningkat sehingga mencapai paras syiling.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Technical rebound / Dead cat bounce = Kenaikan sementara ketika saham dalam keadaan downtrend iaitu harga akan menaik seketika
sebelum meneruskan penurunan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DATAPRPdeadcatbouncelimitupluma200ma50MarubozuOscillatorsreboundSupply and DemandTrend Analysis

Мои профили:

Похожие публикации

Отказ от ответственности