Setelah 3 hari berturut-turut indeks Dow Jones jatuh, ada petanda pembalikan (reversal) dibuat mmembentuk Doji Naga Terbang (Dragonfly Doji). Jika dilihat pada bentuk carta 4 jam pula, terdapat bentuk pasangan kembar candle merah dan biru. Indeks masa hadapan premarket (future) DJI pula membentuk bullish harami. Ini menyokong kepada kekuatan membeli mulai masuk dalam beberapa jam lepas. Sebagai trader, perlu juga hati-hati dengan gap yang pernah dibuat awal minggu ini. Boleh jadikan sebagai TP kerana kemungkinan ia akan 'cover gap' dahulu.
Все виды контента, которые вы можете увидеть на TradingView, не являются финансовыми, инвестиционными, торговыми или любыми другими рекомендациями. Мы не предоставляем советы по покупке и продаже активов. Подробнее — в Условиях использования TradingView.