EFORCE Chart Pattern Yang Menarik dan Berpotensi

EFORCE sebelum ini membuat pertukaran trend selepas membuat trend menurun (downtrend) selama dua tahun. Breakout dengan volume yang kuat seterusnya membuat kenaikkan seketika disokong oleh momentum yang kuat. Setelah itu, EFORCE berehat dan membuat pembetulan harga (retracement) dan mengumpul tenaga selama dua bulan. Pada Jumaat lepas, candle EFORCE telahpun melintasi ke atas aras EMA50 dan EMA200 serentak. Signal belian dan pullback yang cukup kuat untuk meneruskan pendakian ke atas mencari aras tertinggi yang baru (higher high). Aras rintangan / target harga adalah di 0.560 dan juga 0.745. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Chart PatternseforceTechnical IndicatorspullbackTrend AnalysisTrend Line Break

Мои профили:

Отказ от ответственности