Sektor: - Technology, IT Solutions/ IT Product, Software, Stock Brokers.
Idea analisis: ~Fundamental~ - Keuntungan EFORCE secara overall dilihat berada di dalam trend menaik. Keuntungan EFORCE untuk YoY meningkat sebanyak 104.86%. - Hasil (revenue) EFORCE juga secara overall dilihat berada dalam trend menaik dan juga meningkat YoY sebanyak 50.06%. - EFORCE memberikan pelaburnya dividen. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan dilihat semakin berkurang walaupun keuntungan syarikat secara overall adalah menaik. Dividen terkini pada tahun 2021 sebanyak 1 sen sesaham adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya: • 2020: 1 sen sesaham. • 2019: 1.5 sen sesaham. • 2018: 1.5 sen sesaham. • 2017: 2 sen sesaham. • 2016: 3 sen sesaham.
~Teknikal~ - EFORCE dilihat membentuk cup and handle pattern. - Sebelum pembentukan 'handle', EFORCE dilihat membuat kenaikan yang ketara untuk satu hari dengan volume yang signifikan. - Kemudian, EFORCE membuat pullback dan berjaya rebound di atas fibo 0.5 menandakan kekuatan kenaikan EFORCE ini adalah sederhana (medium uptrend). - Pullback dan rebound ini telah berjaya melengkapkan cup and handle pattern. - Terkini, EFORCE berjaya breakout cup n handle pattern. - Breakout ini juga mungkin didorong oleh signal 'hidden bullish divergence' yang menunjukkan bahawa momentum penjualan yang kuat tidak mampu menjatuhkan harga kerana minat pembelian yang masih lebih kuat. - Jika EFORCE berjaya bertahan di atas paras harga RM 0.670 yang merupakan RBS dan neckline bagi EFORCE, harga berpotensi menuju ke dua paras harga: 1) RM 0.805 yang merupakan fibo 1.618. 2) RM 0.925 yang merupakan target bagi teori cup and handle pattern.
Nota kaki: * YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.\ * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * Hidden Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menaik (higher low) tetapi stochastic RSI menurun (lower low). * RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan. * Neckline = Paras harga yang merupakan rintangan / resistance bagi sesuatu pembentukan chart pattern. Dalam idea analisis ini, neckline adalah rintangan / resistance bagi cup and handle pattern.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
Все виды контента, которые вы можете увидеть на TradingView, не являются финансовыми, инвестиционными, торговыми или любыми другими рекомендациями. Мы не предоставляем советы по покупке и продаже активов. Подробнее — в Условиях использования TradingView.