Meta Platforms
Обучение

CORAK "BENDERA" FACEBOOK MEMBERI PETANDA OPTIMIS

Saham Facebook menunjukkan breakout melepasi corak "Flag" di atas kedua-dua garisan Moving Average (20-MA biru dan 50-MA merah). Situasi ini dianggap sebagai petanda awal akan ada pergerakan pasaran yang menggalakkan – kesinambungan momentum yang dilihat daripada penampilan corak "Breakaway Gap". Pandangan positif ini diangap kukuh apabila kenaikan saham melepasi harga USD170.82, memandangkan isyarat MACD pada waktu ini agak lemah (biru di bawah merah). Dari sudut momentum, indikator RSI 14-hari menunjukkan “bulls” lebih kuat berbanding “bears” di atas paras 50 mata.

Carta menunjukkan garisan "support" terdekat pada USD159.50, manakala "support" seterusnya ditetapkan pada USD145.60. Sebaliknya, "resistance" dilihat pada paras USD170.80, diikuti dengan paras USD182.10.
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Отказ от ответственности