Ho Wah Genting Berhad, HWGB mula membuat kenaikan setelah berita pada 4 April 2020 mengenai HWGB mendapat kuasa untuk mengedarkan Covid 19 test kit ke seluruh Malaysia, dan juga HWGB dilantik sebagai agen untuk mengedarkan Covid 19 test ke ke negara Singapura, Indonesia dan Thailand juga selama setahun. Setelah membuat kenaikkan, HWGB telah pun berehat seketika untuk membuka retracement dan pada hari ini membuat pullback disokong oleh volume di aras fibonachi 71.2% pada harga 0.190. Jika berjaya memecahkan aras rintangan terdekat iaitu di atas 0.230, aras target seterusnya adalah di aras fibonachi 1.618 iaitu pada harga 0.335. Jika dilihat pada indicator Bollinger Band, dapat dilihat HWGB sedang membuat pattern surf Bollinger Band. Sangat menarik dan nampak cukup kuat. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Все виды контента, которые вы можете увидеть на TradingView, не являются финансовыми, инвестиционными, торговыми или любыми другими рекомендациями. Мы не предоставляем советы по покупке и продаже активов. Подробнее — в Условиях использования TradingView.