PENDIDIKAN GELOMBANG 2 ELLIOT

GELOMBANG 2 ELLIOT

Gelombang 2 adalah gelombang pembetulan ABC (Zigzag @ Flat) atau ABCDE (Segi Tiga)

Gelombang 2 membetulkan Gelombang 1

Peraturan Gelombang 2 : Gelombang 2 tidak boleh mengundur kadar 100% & melampaui titik permulaan Gelombang 1.

Ia boleh menjadi sederhana (SimpleMono) atau kompleks. Ianya berkaitan dengan corak paten dan juga kadar Perantaraan Masa (Ranging)

Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABC (Zigzag atau Flat)
Corak Zigzag & Flat (ABC) – Gelombang Pengundurannya selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan Selalunya mengundur
pada tahap 38.2% -61.8% serta terdapat beberapa risiko menurun hingga ke bawah dari 78.6% ( Topik ini akan di sambung dalam Corak Paten).

Kelakuan Corak Paten Gelombang 2 : Corak ABCDE (Segi tiga)
Corak Segi Tiga (ABCDE) - Gelombang pengundurannya juga selalu berkait dengan kadar kedalaman penurunannya dan
selalu juga memanjang kadar perantaran masa (Ranging).

Nota : Pembentukan Corak-Corak & kadar kedalaman pengunduran adalah bergantung pada momentum Volume
Kebiasaan kadar momentum Volume Gelombang mesti lebih rendah daripada semasa Gelombang 1,

Nisbah Fibonacci: Gelombang 2
Kadar Pengunduran yang paling biasa gelombang 2 adalah 50% - 61.8% dari gelombang 1 dengan Nisbah Tertinggi kebarangkalian 75%
Bagi Pengunduran tahap 38.2%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 12%
Dan Pengunduran tahap melebihi 61.8 % - 88%, kebiasaan kebarangkaliannya adalah 13%

Nota Strategi :
Kebiasaannya para pedagang tidak memasuki pasaran Ketika berlakunya Gelombang 2 ini, kerana amat berisiko tinggi tetapi di bolehkan berdagang jika mahir tentang Corak paten dengan memahami pola Candlestick dan mengunakan alat Fibonacci Retracement serta displin yang tinggi.

Dean Mentari
Chart PatternspendidikanTrend AnalysisWave Analysis

Мои профили:

Отказ от ответственности