Scope Boleh Diperhatikan

Sektor: Teknologi Elektronik
Industri: Kelengkapan Penghasilan Barangan Elektronik

1. Analisa Trend
I. SCOPE telah mengalami penurunan setelah ia cuba untuk memecahkan harga pada paras "resistance" iaitu 0.260 pada 06 Julai 2021.
II. Kini, SCOPE sekali lagi telah memecah harga "resistance" pada paras 0.260 dan ia tutup dengan harga di paras tersebut pada 23 Julai 2021.
III. Bukan itu sahaja, ia juga telah memecahkan "Down Trendline" setelah melakukan penurunan.
IV. Sekiranya ia kekal berada diatas paras tersebut kemungkinan akan melakukan kenaikan sehigga paras 0.295

2. Penunjuk indikator

1. Moving Average - Garisan EMA9(biru) masih berada diatas garisan MA20(merah). Selain itu, SCOPE juga masih berada diatas garisan MA50 menunjukkan ia masih berada dalam keadaan menaik.

2. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal.

3. RSI - SCOPE menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

Boleh diperhatikan bagaimana pergerakan SCOPE nanti.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

#Sahamiscool
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Мои профили:

Отказ от ответственности