Индекс S&P 500
Обучение

S&P500 BERLEGAR DI PARAS TERTINGGI UNTUK 2019.

Indeks S&P500 pada minggu lepas bermula dengan batang lilin trend menurun dan berakhir pada poin 2800. Walaupun permulaan minggu lepas kurang memberangsangkan dan lintasan garisan negatif yang dapat dilihat di indikator “Stochastic”, pandangan positif tetang saham ini masih relevan. Ini kerana perkembangan negatif ini dilihat sebagai pemberhentian sementara dari perkembangan trend menaik minggu lepas oleh indeks ini.

Garisan MA 20-hari (Biru) masih berada di atas garisan MA 50-hari (merah). Dari sudut analisa teknikal, ini petanda positif dan sekaligus memperkukuhkan pandangan positif tentang indeks ini. Buat masa sekarang, trend menaik atas dasar kewujudan corak tukar arah “V Bottom” dan batang lilin hijau yang panjang masih relevan.

Pembetulan jangka masa pendek dibawah 2491 poin berada di tahap terakhir, manakala momentum trend menaik jangka masa panjang masih kuat. Garisan sokongan yang pertama dijangkakan berada di poin 2,714, diikuti poin 2,644. Garisan rintangan yang pertama pula dijangkakan berada pada poin 2,814, diikuti poin 2,941.
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Отказ от ответственности