31-AUG-2020 : GOLD mencari arah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Teringin nak review GOLD selepas lama tak jengah, mungkin cuba untuk buat weekly analisis jer or mungkin 2 kali seminggu untuk gold ni.
Ok berikut adalah kajian berkaitan gold yang telah dibuat sejak 12-AUG-2020, bukan bermaksud dah jadi baru nak tunjuk ya :D...sbb ni lebih kepada group tele, lagipun mcm tak ramai yang minat nak view/baca dan like bila kat public ni. (nak baca ringkasan boleh ke F B group untuk perbandingan)
So untuk minggu ni apa yang perlu diperhatikan

Analisis
Saya suka untuk ingatkan semasa analisis ini ditulis(31-AUG-2020 5.00pm) saya belum memasuki pasaran kerana perlu mematuhi disiplin trading yang saya gunakan.
1. Secara keseluruhan pengamatan berdasarkan market structure, harga masih dalam keadaan menaik, dan hanya akan bertukar menjadi downtrend sekiranya berjaya memecahkan low channel(ungu) dan TL dibawah(arrow pink ke-2) DENGAN MOMENTUM.
2. Harga masih hormat kepada key level zon yang ditandakan (kotak biru) dan ini akan menjadi panduan untuk penentuan hala tuju harga, samaada untuk terus naik atau turun.
3. Peminat gold seharusnya merujuk kepada TF lebih kecil untuk mendapatkan entri di sekitar key level zon. (tips: rujuk H4 dan M15)
4. Pastikan ada pembentukkan pergerakan H-L di TF kecil untuk membuat keputusan jual atau beli.
5. Pastikan follow harga apabila market US buka pada 8.30 mlm kerana selepas masa tu baru ada direction.

Rancangan perdagangan;
1. Menunggu untuk harga beriaksi di key level zon di TF H4 untuk pembentukkan struktur baharu di 1953.5
2. Entri apabila ada confirmation reaction (continuation/rejection)


Cadangan Entry : BUY di sekitar 1953.5 HANYA APABILA MEMENUHI 2 SYARAT DIATAS (JANGAN INSTANT, perhatikan jika ada/rejection sell)
ATAU jika harga telah berjaya tembus ke atas.
TP 1: 2000 (H4, selepas selesai pullback ya)
SL : 1950 (sesuaikan dengan risiko masing2)

Namun harus di ingat, gold ni sangat volatile, dia boleh makan SL kita sekelip mata ja sebelum dia follow direction.
Macam biasa sekadar peringatan untuk siapa yang biasa follow saya, Isnin adalah hari yang sangat tidak dapat diduga kerana market sangat volatile. Hati-hati dan jaga MM

Semoga bermanafaat.
Turut boleh follow saya di F B Group: BOKOJOZ TRADING IDEA

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
goldtradingTrend Analysis

Отказ от ответственности