ReutersReuters

Tinjauan Bitget Mendedahkan Sesetengah Pengguna Memilih Video Pempengaruh Berbanding Kertas Putih untuk Membuat Pilihan Berdagang

VICTORIA, Seychelles, Nov. 04, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah syarikat pertukaran mata wang kripto dan Web3 terkemuka dunia telah melancarkan kempen untuk meraikan Hari Kertas Putih Bitcoin yang ke-16, dengan tema yang memukau iaitu "Who’s Still Reading Whitepapers?”. Inisiatif ini bertujuan untuk mencetuskan perbualan dalam komuniti kripto tentang peranan semasa kertas putih dalam projek blok rantai dan keputusan pelaburan. Kempen acara ini berkisar tentang penerbitan dokumen dasar Satoshi Nakamoto dan menawarkan peluang untuk mempertimbangkan semula persepsi terhadap kertas putih dan sama ada ia kekal berpengaruh seperti sebelumnya dalam membimbing strategi pelaburan dan penilaian projek.

Data tinjauan yang dikumpul oleh Bitget memberikan cerapan tentang pandangan semasa komuniti kripto terhadap kertas putih. Daripada 5,923 orang peserta yang menjawab tinjauan, 92.28% daripada mereka menyatakan bahawa mereka sentiasa membaca kertas putih projek sebelum membuat perdagangan token dan itu menunjukkan dokumentasi teknikal kekal penting bagi kebanyakan pengguna. Seramai 99.43% responden juga masih menganggap kertas putih perlu ada dan ini menekankan ia kekal relevan dalam mengukuhkan kredibiliti projek dan menggariskan prinsip dasarnya.

Walau bagaimanapun, tinjauan itu turut mendedahkan pemimpin pendapat utama (KOL) atau pempengaruh memainkan peranan dominan dalam mempengaruhi keputusan untuk berdagang. Dalam kalangan peserta yang tidak selalunya membaca kertas putih, 86.51% bergantung pada cadangan KOL, manakala hanya peratusan kecil mendapatkan khidmat nasihat daripada institusi penyelidikan atau jaringan peribadi. Ini menyerlahkan trend yang semakin meningkat dan kita lihat pandangan yang didorong pempengaruh mula bersaing dengan penilaian berasaskan kertas putih. Ini menggambarkan peralihan yang lebih luas dalam cara maklumat digunakan dan dipercayai dalam ruang kripto.

Dalam beberapa tahun lalu, kertas putih telah dianggap sebagai dokumen penting untuk memahami tujuan teknikal dan strategik bagi projek blok rantai. Namun, dengan perkembangan pantas dalam arena kripto, terdapat perdebatan yang semakin popular sama ada dokumen ini masih menjadi alat penting untuk pelabur atau kaedah penilaian alternatif telah menjadi keutamaan pada masa kini.

Penyelidikan Bitget yang disokong oleh tinjauan dan nasihat daripada orang dalam industri mendedahkan adanya pendapat yang berbeza-beza. Sebahagian peserta terus menganggap kertas putih penting untuk memahami dasar dan matlamat jangka panjang projek. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat peningkatan metrik penilaian baharu, seperti trend pasaran, prestasi projek dan pasukan pembangunan telah mengurangkan kebergantungan pada kertas putih dan tumpuan kini beralih kepada aplikasi dan kes penggunaan dalam dunia sebenar.

Pandangan yang dikumpul daripada perbincangan-perbincangan ini menandakan terdapat peralihan dalam pendekatan yang diambil oleh komuniti kripto dalam membuat penilaian projek. Dengan mewujudkan platform untuk wacana ini, Bitget menggalakkan pengguna dan ahli profesional agar memikirkan semula alat dan sumber yang digunakan dalam menilai projek blok rantai masa kini. Dengan Hari Kertas Putih Bitcoin sebagai tema, kempen ini menunjukkan terdapat perubahan yang erterusan dalam industri, serta mendorong komuniti melihat ke hadapan dan mempertimbangkan pendekatan baharu untuk menilai inovasi industri yang paling berpotensi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hari Kertas Putih Bitcoin, lihat twit kami di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan wilayah serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan sebagai perintis dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada Harga Bitcoin, Harga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (pemenang pingat emas Tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami kemudahubahan harga. Melabur dengan bijak. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau dapat memulihkan pelaburan utama anda. Anda harus sentiasa mendapatkan nasihat kewangan bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apapun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fd91260c-97bd-4437-902e-4c75550e371e

Чтобы прочитать эту статью, зарегистрируйтесь на TradingView — это бесплатно

Больше новостей от Reuters

Больше новостей