10 perkara tentang pasaran bearis, ketidakstabilan dan panik

Dagangan & pelaburan bukannya mudah. Jika mudah, semua orang sudah jadi kaya.

Satu perkara yang paling sukar untuk semua pedagang dan terutamanya pelabur, adalah apabila pasaran menjadi bearis secara tidak normal, arah aliran menurun ke bawah atau ke satu arah yang bertentangan dengan arah posisi mereka. Menambahkan lagi kepada kesusahan itu adalah apabila ketidakstabilan semakin menaik dan ketidaktentuan pula meninggi. Perkara-perkara sebegini telah terjadi sepanjang sejarah pasaran dan sepatutnya telah diambil kira dalam dagangan. Setiap pedagang atau pelabur sepatutnya ingat satu kenyataan yang mudah: pasaran akan berlawanan dengan anda pada satu-satu masa tertentu. Jadi bersiap sedia.

Belajar untuk berdagang atau melabur di dalam pasaran bearis dan tidak stabil memerlukan kemahiran yang hebat, pengalaman dan kekuatan minda. 12 bulan lepas telah menunjukkan perkara ini. Saham, bon, forex, kripto dan hadapan telah dilihat mengalami ketidakstabilan yang menaik dalam masa 12 bulan lepas. Jadi, apakah yang kita patut lakukan? Sekarang bagaimana?

Mari kita kembali kepada perkara asas - kemahiran, sifat dan pola fikiran yang diperlukan untk melalui detik-detik ini.

1. Rancang kehadapan 🗺
Rancang dagangan anda, dagang rancangan anda. Setiap dagangan, setiap pelaburan, sepatutnya mempunyai satu pelan disebaliknya. Tulis soalan-soalan asas sebelum anda membeli atau menjual. Contohnya, apakah harga masuk yang anda mahukan? Apakah harga keluar yang anda mahukan? Apakah henti rugi anda? Sebanyak mana wang yang anda akan risikokan? Kenapa anda lakukan dagangan atau pelaburan ini? Di dalam masa ketidakstabilan, soalan-soalan ini adalah lebih penting dari keadaan biasa. Kembali kepada perkara asas.

2. Jangan terburu-buru 🧘‍♂️
Ketidakstabilan dan terutama sekali pasaran yang panik, akan menyebabkan orang melakukan tindakan yang gopoh. Tekanan, aksi harga pantas, selalunya memaksa seseorang untuk bertindak tanpa sempat memikirkan kembali rancangan asal mereka. Jangan lakukan ini! Ambil masa anda. Kekal tenang dan lakukan apa yang anda telah rancangkan.

3. Bersabar dengan titik masukan 🎯
Ramai pedagang & pelabur bercakap tentang membeli junaman, tetapi perkataan ini menjelaskan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan. Jangan beli junaman tanpa satu rancangan. Anda rancang dahulu strategi anda, kemudian tunggu masa titik masukan yang tepat, dan biar pasaran yang datang kepada anda. Apabila pasaran berada dalam arah aliran menurun dan ketidakstabilan adalah tinggi, adalah sangat penting anda kekal tenang semasa menunggu masa masukan yang tepat. Gunakan pesanan had dengan bijak.

4. Tahu rangka masa anda ⏰
Adakah anda berdagang untuk satu hari? Satu bulan? Atau 5 tahun? Soalan-soalan asas ini akan mengingatkan anda tentang apa yang anda cuba lakukan dan bagaimana keadaan mental anda yang sepatutnya. Mereka juga akan mengingatkan anda tentang carta yang anda patut lihat, sama ada anda patut zum ke dalam carta 30 minit atau zum keluar ke carta mingguan untuk melihat sejarah tahunan harga.

5. Ada strategi untuk keluar 🚨
Satu strategi untuk keluar bermaksud walau apapun yang terjadi, anda tahu di mana henti rugi anda dan anda tahu di mana sasaran keuntungan anda. Tidak kira apa terjadi, pasaran naik atau turun atau ke sisi, anda ada rancangan keluar. Jangan hanya bergantung kepada nasib. Cipta satu strategi keluar anda sebelum anda lakukan dagangan dan kekal mengikutinya.

6. Ketatkan saiz posisi 💪
Tambahan ketidakstabilan dan ketidakketentuan hendaklah difaktorkan kepada pelan dagangan anda sebelum ia bermula. Akan tetapi, ramai pelabur dan pedagang baru terlupa untuk melakukan ini. Jika itu ialah anda, sekarang adalah masanya untuk anda mengubahsuai strategi dan rancangan anda, untuk julat dagangan dan ketidakstabilan yang lebih besar. Arah aliran tahunan yang membentuk satu pasaran sebelum ini sudah kurang tepat.

7. Zum keluar untuk konteks sejarah 🔎
Zum keluar carta anda, Kemudian zum keluar lagi. Sekarang zum keluar lagi dan lagi. Bulatkan lilin, garisan atau pergerakan harga terkini dan jadikan ia sebagai satu peringatan tentang di mana harga berada sekarang berbanding dari mana ia datang sebelum ini. Ada yang mengatakan, sekiranya ragu-ragu, zum keluar. Jangan sesat di dalam masa sekarang dengan hanya melihat kepada harian atau mingguan, tetapi lakukan penyelidikan untuk keseluruhan sejarah harga. Pelajari apa yang telah terjadi di masa lalu.

8. Tunai ialah satu posisi 💸
Mahu lakukan purata kos wang kepada satu dagangan? Mahu beli lebih banyak? Mahu berdagang lebih banyak? Anda memerlukan tunai untuk melakukannya. Adalah satu kelegaan untuk mampu menyertai ketidakstabilan pada bila-bila masa anda mahukan. Tunai ialah satu posisi dan dapat menjamin keadaan ini.

9. Elakkan panik, FUD, dan FOMO 😳
Apabila emosi menjadi tidak terkawal, ada beberapa kesilapan psikologi akan terjadi. FUD bermaksud ketakutan, ketidaktentuan, dan kemusnahan. FOMO pula bermaksud ketakutan akan ketinggalan. Ini adalah dua emosi biasa yang terjadi semasa di dalam pasaran yang menjunam. Separuh orang merasakan pengakhiran sudah hampir dan separuh lagi merasakan setiap pergerakan kecil adalah larian bulis yang baru. Jangan biarkan emosi-emosi ini menguasai anda.

10. Berehat sebentar 😀
Kadang-kadang adalah lebih baik untuk tidak memasuki pasaran. Log keluar, tutup aplikasi anda, keluar berjalan-jalan dan bersenam. Kembali ke pasaran apabila anda sudah bersedia semula. Minda anda juga pada masa ini sudah mendapat rehat yang mencukupi.

Kami harap anda menyukai catatan ini dan semoga ia dapat membantu anda untuk menelusuri pasaran.

Anda dialu-alukan untuk menulis tip tambahan atau nasihat di dalam seksyen komen di bawah!
TradingView Tips

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
Мои профили:

Отказ от ответственности