naimmp98

HIAPTEK (Apakah Perancangan Seterusnya?)

MYX:HIAPTEK   HIAP TECK VENTURE BHD
Sektor:
- Steel, Metals, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, keuntungan dan hasil (revenue) HIAPTEK meningkat QoQ masing² sebanyak 492.48% dan 32.71%. Untuk YoY pula hasil (revenue) menurun manakala keuntungan meningkat sebanyak 451.98%.
- Dari sudut Teknikal, kelihatan HIAPTEK bertukar arah kepada uptrend setelah BDTL dengan volume yang sangat signifikan. Garisan downtrend line ini diambil daripada Februari 2018.
- HIAPTEK meneruskan kenaikan dengan drastik kemudian pullback sehingga ke paras fibo 0.382 sebelum rebound semula ke atas.
- HIAPTEK rebound tetapi tidak mampu melepasi resistance RM 0.510.
- Kemungkinan HIAPTEK ingin melengkapkan bentuk cup and handle atau turun sehingga ke paras fibo 0.382 untuk membuat bentuk double bottom.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382, kemungkinan HIAPTEK ingin bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* BDTL = Break DownTrend Line.
* Pullback = Harga menurun seketika sebelum meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas selepas melakukan penurunan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Отказ от ответственности

Все виды контента, которые вы можете увидеть на TradingView, не являются финансовыми, инвестиционными, торговыми или любыми другими рекомендациями. Мы не предоставляем советы по покупке и продаже активов. Подробнее — в Условиях использования TradingView.